AKTIVITI YANG MENGERATKAN PERPADUAN

 

ilustrasi perayaan di malaysia-google

ilustrasi perayaan tahun baru cina - google

ilustrasi perayaan hari raya aidilfitri - google

ilustrasi perayaan deepavali - google

1. MENYAMBUT HARI PERAYAAN BERSAMA-SAMA DENGAN MENGADAKAN RUMAH TERBUKA.

Seperti yang sedia maklum malaysia terdiri daripada 3 kaum utama yang berbilang bangsa, agama dan budaya iaitu Melayu, India dan Cina. Konsep rumah terbuka semasa menyambut hari perayaan daripada pelbagai bangsa ini merupakan salah satu aktiviti yang dapat mengeratkan lagi perpaduan antara kaum di malaysia. Contoh hari perayaan utama yang di sambut bersama-sama adalah Tahun Baru Cina yang merupakan hari perayaan bagi kaum Cina, Hari Raya Aidilfitri yang merupakan hari perayaan kaum Melayu selepas selesai sebulan berpuasa dan Hari Deepavali bagi kaum India. Kesannya, semua orang tidak kira kaum, bangsa, agama dan juga budaya dapat mengetahui budaya masing-masing, berkongsi tradisi masing-masing dan menikmati hidangan tradisi yang telah disediakan. Selain itu, dengan konsep ini juga dapat mengeratkan hubungan jiran tetangga dan juga komuniti di sekitar perumahan kita sendiri.


ilustrasi sukan negara - google

2. MEMPERKASAKAN LEBIH BANYAK LAGI AKTIVITI SUKAN DAN REKREASI.

Aktiviti bersukan dapat mengeluarkan peluh sekaligus toksik di dalam tubuh badan kita; itu adalah kata-kata yang selalu kita dengar apabila menyentuh tentang sukan. Tetapi tahukah bahawa aktiviti bersukan atau berekreasi merupakan satu aktiviti yang dapat mengeratkan perpaduan di negara kita. Selain bermanfaat kepada kesihatan tubuh badan kita, aktiviti sukan dan rekreasi juga mampu dan sememangnya dapat melahirkan rasa toleransi dan sifat bekerjasama antara satu sama lain walaupun berbeza dari aspek budaya, agama dan bangsa ditambah lagi aktiviti sukan ini bebas disertai oleh semua orang tidak kira waktu dan juga lapisan umur masyarakat. Contohnya, dengan menyertai Hari Sukan Negara anjuran pihak kerajaan dapat mengeratkan perpaduan di Malaysia dengan penyertaan dari semua orang. Sifat kerjasama dan juga toleransi ini sangat penting bagi kita untuk saling memahami budaya dan adat resam yang diamalkan oleh setiap kaum di Malaysia. Konsep ini juga bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan perpaduan antara kaum tetapi juga dapat menyihatkan tubuh badan kita menjadi lebih cerdas dan cergas.


ilustrasi sukarelawan-google

ilustrasi membantu mangsa banjir - google

ilustrasi membersihkan masjid - google

ilustrasi membersihkan lumpur - google

3. MEMPERGIATKAN AKTIVITI SUKARELAWAN DAN KEBAJIKAN.

Aktiviti ini sebenarnya sudah lama dipratikkan oleh masyarakat di negara kita iaitu bergotong-royong, membantu orang yang kurang berkemampuan dengan memberikan bekalan makanan, bekalan mentah untuk memasak dan juga ketika banjir melanda ramai sukarelawan yang turut turun meredah banjir. Sebagai contoh utama yang dapat dilihat adalah ketika Malaysia dilanda banjir, pelbagai kaum sukarela untuk membantu mangsa banjir dengan turun ke padang mengagihkan makanan, membersihkan rumah yang kotor kerana lumpur dan banyak lagi. Ibarat peribahasa yang sering didengari, berat sama dipukul, ringan sama dijinjing. Jika konsep dan nilai ini sentiasa diterapkan ke dalam diri masing-masing pastinya perpaduan di Malaysia tidak akan menjadi masalah kepada masyarakat kita. 


Ulasan