CINA

 

 ilustrasi kaum cina - google

Kaum Cina wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan populasinya semakin meningkat semasa kedatangan penjajah British ke atas Tanah Melayu terutamanya ketika pengambilan negara Singapura dan juga di negeri Pulau Pinang. Manakala di negeri Johor, peningkatan kedatangan kaum ini pada tahun 1925-19962 adalah kerana di atas galakkan Temenggung Ibrahim bagi tujuan untuk membuka ladang-ladang gambir dan juga lada hitam.

Kaum ini juga kebanyakkan bekerja di lombong-lombong bijih timah seperti di Lukut dan juga Sungai Ujong. Kebanyakkan kaum Cina berasal dari kawasan-kawasan Kwangtung, Kwangsi, Fukien yang terletak di Selatan China.

Kelompok utama kaum ini yang terdapat di Tanah Melayu adalah Hokkien, Hakka, Kantonis, Hailam dan juga Teochew. 

Penyebab penghijrahan kaum Cina ke Tanah Melayu adalah kerana pemberontakan dan penentangan terhadap pemerintah yang menyebabkan masalah politik, pertumbuhan dan perkembangan kilang-kilang biji timah dan juga getah di Tanah Melayu dan juga kemudahan berhijrah seperti terdapatnya sistem ejen dan juga pengangkutan yang disediakan.

Mereka juga bebas mengamalkan adat resam dari nenek moyang mereka. Contohnya, adat resam dalam kelahiran.

ilustrasi wanita cina mengandung - google

ilustrasi bayi lelaki - google

1- Semasa mengandung, wanita masyarakat cina akan sentiasa berada di bawah kawalan ketat dalam setiap tindak-tanduk mereka dan juga kegiatan yang mereka lakukan setiap hari. Mereka juga amat mementingkan kelahiran anak lelaki kerana anak lelaki boleh melanjutkan keturunan mereka dengan melalui pewarisan nama keluarga nenek moyang mereka. Wanita yang mengandung ditanggungjawabkan kepada ibu mertua untuk menjaganya bukannya suami wanita itu sendiri.

ilustrasi memaku paku - google

ilustrasi mengeluarkan kata-kata kesat - google

ilustrasi memukul haiwan - google

2- Pantang-larang semasa mengandung, wanita mengandung tidak dibenarkan melaksanakan kerja yang berat sebagai contoh memaku kerana dikhawatiri bayi yang bakal lahir akan mengalami kecacatan. Mereka juga tidak dibenarkan mengeluarkan kata-kata kesat,kasar dan dilarang sama sekali untuk memukul binatang.

ilustrasi ibu dan bayi yang baru dilahirkan - google

ilustrasi perut bayi ditutupi kain - google

3- Selepas melahirkan, wanita yang baru melahirkan anak perlu berpantang selama 40 hari. Mereka tidak dibenarkan untuk mandi menggunakan air sejuk kerana bimbang badan mereka akan masuk angin. Manakala pusat bayi yang baru dilahirkan itu akan diikat dan dililit dengan sehelai kain pada perut si bayi. Dari aspek  pemakanan pula, mereka kaum ini menggunakan sejenis arak yang diperbuat daripada beras yang diperam lama untuk digunakan dalam masakan yang dimasa mereka.

ilustrasi kenduri kelahiran bayi sebulan - google

ilustrasi Ang Ku Kueh yang diberikan kepada tetamu - google

ilustrasi pakaian bayi - google

4- Mereka juga akan mengadakan kenduri apabila si bayi sudah mencapai umur sebulan. Kuih khas yang berbentuk bulat berwarna merah dan kuning berintikan kacang dan tausu serta kuning diwarnai merah disediakan ketika kenduri sedang berlangsung dan sesiapa yang mendapatkannya akan membalas pemberian tersebut dengan membawa hadiah kepada si bayi yang berupa pati ayam untuk ibu-ibu dan juga pakaian bayi kepada si bayi.

ilustrasi alphabet cina - google

5- Mereka juga akan memberikan nama kepada si bayi. Nama mereka akan terdiri daripada 3 perkataan yang akan dimulai dengan nama keluarga; patah perkataan kedua pula akan mewakili nama segenarasi di kalangan adik-beradik dan juga sanak-saudara mereka, nama ketiga pula merupakan nama mereka sendiri yang akan dipanggil kawan-kawan mereka dan juga nama panggilan mereka sendiri. Sistem nama  yang baik bagi mereka adalah mengmbil kira makna, unsur yin dan juga yang serta dibuat mengikuti oleh perhitungan matematik cina.

Ulasan