PERPADUAN DI MALAYSIA

 
ilustrasi pelbagai kaum di Malaysia - google

Malaysia merupakan negara yang aman dan stabil dari pelbagai aspek antaranya ialah aspek politik, aspek keselamatan, aspek undang-undang dan lain-lain lagi. Malaysia mencapai kemerdekaannya dan menjadi satu-satunya negara berdaulat pada tarikh keramat 31 ogos 1957 daripada penjajah British yang menjajah negara kita ketika itu. Semenjak itu, rakyat di negara kita dapat hidup bebas dan dalam situasi negara yang sangat stabil. Negara tercinta kita ini juga terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik tetapi yang utama adalah Melayu, Cina dan India seperti yang diketahui kebanyakkan pelancong luar negara yang datang ke negara kita.

Selain itu, Malaysia juga ditempati oleh rakyat pelbagai etnik yang berbeza dan identiti budaya mereka yang unik dan sangat istimewa. Setiap etnik mempunyai ciri-ciri dan budaya yang sangat berbeza berbanding yang lain iaitu lebih mengutamakan adat resam turun-temurun dan nenek moyang mereka; mereka juga telah mengecapi tahap integrasi yang berbeza.

Malaysia turut dikatakan sebagai sebuah negara yang maju dan sangat kukuh dari aspek ekonomi, tidak pernah mengalami insiden kecuali tahun 1969 yang membawa kepada peristiwa rusuhan kaum yang tidak dapat dilupakan sepanjang sejarah kejadian digeruni yang pernah melanda negara dan itu merupakan titik mulanya politik di Malaysia mengalami perubahan.


Ulasan