KESIMPULAN

  

ilustrasi kesimpulan - google


Negara Malaysia telah mengecapi kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos 1957 di mana Malaysia telah berada di bawah kekuasaan dan penjajahan kuasa asing setelah lebih 100 tahun dan kini, Malaysia telah mengecapi kemerdekaan dan telah mencecah 65 tahun. Terdapat pelbagai implikasi kepada negara secara tidak langsung yang disebabkan oleh penjajahan dan kekuasaan kuasa asing. Cabaran era globalisasi hadir tanpa mampu dielak oleh sesebuah negara. Justeru itu, sesebuah negara perlu bijak dalam membuat perancangan agar dapat mengharungi cabaran yang akan datang. Selain itu, rakyat Malaysia hanya menginginkan keamanan maka dengan itu amalan perpaduan kaum hendaklah diterapkan dalam jiwa setiap individu di negara ini. Tanpa perpaduan kaum, keamanan negara tidak dapat diwujudkan kerana rakyat akan bergaduh sesama sendiri hingga menyebabkan kehancuran keamanan sesebuah negara.

   Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata dalam mewujudkan perpaduan kaum. Kita juga perlu bekerjasama supaya proses perpaduan di negara kita kesepaduan sosial dapat dikekalkan. Janganlah kita bersikap evasive (mnegelak) mahupun “bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing ” kerana perpaduan kaum itu hanya wujud jika semua kaum menjalankan obligasi masing-masing dengan sempurna dan bersikap tolak ansur.

Ulasan