PENGENALAN

 Pada zaman kolonialisme British, British telah membawa masuk kaum Cina dan India untuk kepentingan mereka sendiri dalam usaha mengeksploitasi ekonomi Tanah Melayu. Dasar pecah belah dan perintah yang diwujudkan oleh British menyebabkan kaum-kaum di Tanah Melayu tinggal berasingan mengikut kegiatan ekonomi iaitu kaum Cina tinggal di bandar, kaum India pula diletakkan diluar bandar iaitu di estet getah manakala kaum Melayu pula diletakkan di pinggir sungai atau laut.

Oleh kerana itu, sikap perpaduan tidak dapat dipupuk dalam masyarakat pelbagai kaum ketika itu menyebabkan wujudnya peristiwa berdarah 13 Mei 1969. Untuk menangani peristiwa tersebut berlaku lagi kerajaan telah mengiisytiharkan Rukun Negara pada 31 Ogos 1970 sebagai falsafah negara dalam mencapai perpaduan di Malaysia.

Pelbagai langkah telah dibuat oleh kerajaan untuk mewujudkan perpaduan antara kaum di Malaysia antaranya ialah menggalakkan interaksi sosial yang lebih tertumpu pada penyertaan masyarakat berbilang etnik dalam majlis dan perayaan yang dianjurkan. Kerajaan juga telah melaksanakan Dasar Ekonomi Baru iaitu penyusunan semula masyarakat untuk mengukuhkan lagi perpaduan kaum antara etnik yang berbeza.

Sebelum ini, kerajaan telah berusaha untuk mewujudkan kesepaduan sosial melalui dasar-dasar negara yang berbeza antaranya Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Sosial Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, Dasar Keselamatan Negara dan Dasar Komuniti Negara. Dasar- dasar ini telah memberikan impak positif untuk mewujudkan keamanan dan kemakmuran, namun jurang keyakinan antara etnik masih ada.

Pada 15 Februari 2021, Dasar Perpaduan Negara telah dilancarkan oleh perdana Menteri ke-8 iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Melalui dasar ini, isu dan cabaran yang telah dikenal pasti akan dikaji dan diperluaskan dari pelbagai aspek bagi mencari formula penyelesaian terbaik. Dasar ini di bangunkan oleh Kementerian Perpaduan Negara yang merupakan dasar payung yang melakarkan usaha berterusan bagi memupuk, mengukuhkan dan memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat.

Ulasan