MELAYU

Ilustrasi Orang Melayu - Google

Kaum Melayu merupakan kaum terbesar atau dikenali juga sebagai kaum bumiputera di Malaysia. Kaum Melayu sentiasa bertutur dalam bahasa Melayu  dan juga kebiasaannya boleh juga bertutur dalam bahasa mandarin dan tamil kerana pengaruh rakan sebaya yang berbangsa Cina dan India yang mungkin dikenali sejak kecil lagi atau mereka dihantarkan ke sekolah SJCK dan juga jenis tamil.

Kaum ini juga mengamalkan adat istiadat melayu yang dikenali sebagai adat resam. Contohnya, adat perkahwinan.


ilustrasi merisik - google 

1) merisik
tujuannya dilakukan untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati seorang lelaki tersebut dan juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kegiatan sosial yang sering dilakukan seorang gadis seperti kemahiran rumahtangga, adab sopan santun, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya.


ilustrasi meminang - google

2) meminang
pihak keluarga lelaki akan menetapkan satu tarikh penting untuk menghantar satu rombongan meminang dan hal ini dilakukan oleh keluarga terdekat pihak lelaki bagi menyatakan tujuan sebenar mereka secara rasmi. Seterusnya, menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk melakukan adat bertunang.

ilustrasi bertunang - google

3) bertunang
majlis akan dilangsungkan dengan pihak lelaki akan diwakili oleh ahli keluarga dan saudara mara yang terdekat. Majlis kenduri diadakan sempena pertunangan tersebut di rumah pihak perempuan, hantaran disediakan seperti cincin beserta yang kain iaitu buah-buahan, bunga rampai dan lain-lain.

ilustrasi akad nikah - google

4) akad nikah
dilakukan di masjid berdekatan dengan berwalikan ayah daripada pihak perempuan dan juga adik-beradik lelaki jika ayahnya sudah meninggal dunia. Dijalankan oleh tok imam masjid yang bertanggungjawab menjalankan upacara akad nikah di masjid atau surau tersebut.

ilustrasi majlis perkahwinan - google

 

5) majlis perkahwinan
dikenali sebagai hari langsung atau hari bersanding; merupakan kemuncak istiadat perkahwinan dan kerana inilah pengantin digelar sebagai raja sehari

Kaum Melayu juga mempunyai hak istimewa orang Melayu yang tidak boleh diambil haknya dan tidak boleh diganggu oleh kaum yang lain; menurut peruntukan dalam perlembagaan perkara 153, kerajaan bertanggungjawab dalam memelihara dan melindungi hak dan kedudukan istimewa orang Melayu

Ulasan