INDIA

 

ilustrasi kaum india - google

Kedatangan awal kaum India di negara kita adalah ketika penganut agama Hindu-Buddha menyebarkan agama mereka diikuti dengan kedatangn kaum India sebagai pedagang yang berdagang ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, pengaruh Tamil-Muslim pula memainkan peranan penting kaum India dalam sistem pemerintahan , malah terdapat penempatan kaum ini di Melaka yang dikenali sebagai Kampung Kling.

Di peringkat awal, sebahagian besar orang kaum India daripada penduduk India di Tanah Melayu terdiri daripada mereka yang berasal dari India Selatan iaitu Tamil Nadu. Mereka juga dibawa masuk ke Tanah Melayu melalui sistem-sistem kontrak oleh ejen-ejen sebelum ditukar pada Sistem "Kangany" pada tahun 1910. Kangany merupakan seseorang yang bekerja di Tanah Melayu mencari buruh-buruh baru untuk ke Tanah Melayu.

Mereka bebas mengamalkan adat resam turun menurun nenek moyang mereka. Sebagai contoh, adat resam dalam mengurus kematian:

Ahli keluarga atau waris akan mendapatkan sijil kematian dan permit untuk membuat dan melangsungkan upacara kematian seperti pembakaran mayat. Mereka akan menghubungi syarikat yang sudah menyediakan perkhidmatan pengurusan upacara kematian dan yang akan melakukan upacara adat kematian ialah anak lelaki ataupun saudara lelaki (persediaan sebelum upacara berlangsung).

Seterusnya, mayat akan diletakkan di ruang tamu dengan kepala menghadap ke arah selatan. Manakala anggota badan si mendiang akan berada di posisi ini:

ilustrasi mayat di ruang tamu-google

1) Ibu jari kedua-dua kaki akan diikat bersama begitu juga kedua-dua tangan diletakkan di atas dada dengan ibu jari kedua-dua belah tangan diikat bersama.

2) Mayat ditutup sampai ke paras leher dan kain warna putih digunakan bagi lelaki/janda manakala kain berwarna jingga, kuning atau merah nagi mayat yang merupakan wanita yang sudah berkahwin/bujang.

ilustrasi mayat di dalam keranda-google

ilustrasi pembakaran mayat-google

Selanjutnya, mayat akan dimandikan dengan menyapu minyak dan serbuk seeka - dahi. Selepas selesai dimandikan, mayat akan dipakaikan dengan pakaian kegemaran atau pakaian kahwin sebelum mereka dimasukkan ke dalam keranda dan diletakkan di anjung rumah untuk diberikan penghormatan terakhir, kemudian, keranda akan diarak keluar dingkat oleh ahli keluarga lelaki  untuk ke tempat upacara pembakaran mayat  yang akan dijalankan.

ilustrsi bekas abu-google

ilustrasi membuang abu-google

ilustrasi sembahyang di kuil-google

Akhir sekali, mayat akan dibakar oleh anak lelaki atau waris manakala bagi kaum wanita pula mereka akan membersihkan rumah dan juga alatan yang digunakan untuk upacara kematian tadi dengan membuang semua alatan tersebut. Keesokkan harinya, semua ahli keluarga lelaki akan mengumpulkan abu dan tulang mayat selepas upacara pembakaran mayat untuk dibuang ke dalam sungai dan mereka juga akan ke kuil untuk sembahyang pada hari ke-10,12,16 atau 31 hari selepas membuang abu ke sungai. Masa berkabung mereka apabila kematian terjadi adalah selama satu tahun.

Ulasan