MAKSUD PERPADUAN


ilustrasi perpaduan-google

PERPADUAN didefinisikan sebagai satu darjah dan jenis penyatuan yang dipamerkan sesebuah masyarakat ataupun kumpulan dan jiran mereka . Ia juga merupakan perhubungan sosial yang mengaitkan manusia . Perpaduan ini lazimnya digunakan dalam bidang sosiologi atau sains kemasyarakatan.

Asas perpaduan terbahagi kepada dua iaitu :

- masyarakat ringkas atau biasa.

- masyarakat yang lebih kompleks.

MASYARAKAT RINGKAS ATAU BIASA ini mungkin berdasarkan hubungan kekeluargaan , nilai saling menghormati dan menyayangi . 

MASYARAKAT YANG LEBIH KOMPLEKS pula mempunyai beberapa teori berkaitan dengan faktor yang menyumbang kepada perpaduan sosial ataupun masyarakat .

ilustrasi ibn khaldun-google

Menurut IBN KHALDUN :

- memperkenalkan Asabiyyah

- Asabiyyah bermaksud perpaduan sosial dengan penekanan kepada kesatuan , kesedaran , kumpulan dan kepaduan sosial.

- Beliau secara efektif menyatakan bahawa setiap dinasti memiliki benih-benih kejatuhannya.

- Beliau juga menerangkan bahawa keluarga yang memerintah lazimnya muncul dari pinggir empayar . Mereka menggunakan kesepaduan yang terdapat dalam pinggiran untuk membawa pimpinan yang berubah.

ilustrasi durkheim-google

berdasarkan DURKHEIM pula :

- beliau memperkenalkan istilah perpaduan mekanikal dan organik sebagai sebahagian daripada teori berkaitan dengan pembangunan masyarakat dan karyanya.

- Perpaduan mekanikal iaitu warga yang berasa terkait melalui kerja , pendidikan dan latihan keagamaan dan cara hidup . Perpaduan ini juga terdapat dalam masyarakat yang “ tradisional ” dan masyarakat kecil.

- Perpaduan organik pula muncul daripada saling pergantungan dalam kalangan ahli masyarakat . Keadaan ini muncul ekoran pengkhususan kerja dan warga masyarakatnya yang saling melengkapi yang terdapat dalam masyarakat “ moden ” dan “ industri ”.

Ulasan